Sunday, 18 December 2011

tinggal sehari je..

rasa malas sgt nak balik untuk menghabiskan pelajaran saya. Bila ada 1 paper gagal semangat nak belajar tu hilang.. Kalo la saya belajar dengan pensyarah yang bagus cara pengajarannya dah tentu saya tak gagal subjek tu. Memang malang la dapat pensyarah tu. Kawan saya yang bijak pandai tu pun sama gagal. Memang kami kecewa. Tapi nak buat macam mana, dah di takdirkan dia untuk kami.. Kami redha jela.


Saya memang dah patah semangat. Tapi sebagai orang yang beriman saya terima smue tu dengan hati terbuka.. pasti ada hikmahnya. Buatlah sesuatu tu pelahan-lahan. Jangan serabut sangat nnt kita pulak yang susah. Cara saya nak dapat A dan B saja dalam final exam ialah awal-awal lagi saya pergi library untuk amek soalan-soalan final setiap semesta. Pastu terus buat sikit-sikit sampai habis. Jangan tangguh-tangguh. Sem lepas saya serabut sebab tangguh semua tu tp alhamdulillah saya dapat A dan B je.


Bila dah tangguh-tangguh ni akibatnya kita akan merasa sangat letih dan pikiran kita akan celaru bila memikirkan final nak dekat, bnyak lagi subjek yang kita tak baca, projek lagi..humm
Walau macam mana sekalipun kegagalan tu sebenarnya kejayaan yang semakin hampir dengan kita.
Usah patah semngat.. kalo tak dapat buang perasaan tu berdoa lah pada Allah supaya apa yang kita rasa tu sebagai kekuatan untuk kita kejar kejayaan nnt. 





No comments:

Post a Comment