Menggauli Wanita Haid Secara Berlapik
Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w memerintahkan salah seorang di antara kami yang sedang haid supaya memakai pakaian, sebagai pengalas untuk menggaulinya
Hadis Maimunah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w biasa menggauli isteri-isteri baginda secara berlapik ketika mereka sedang haid
Berbaring Bersama Wanita Haid Di Dalam Satu Selimut
Hadis Ummu Salamah r.a katanya:
Ketika aku sedang berbaring bersama Rasulullah s.a.w dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid, lantas aku keluar secara perlahan-lahan untuk mengambil pakaian khas semasa haid. Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku: Apakah kamu sedang haid? Aku menjawab: Ya. Baginda memanggilku lalu aku berbaring lagi bersama baginda dalam satu selimut. Ummu Salamah berkata: Dia dan Rasulullah s.a.w mandi hadas dengan menggunakan sebekas air
Menyatakan Harus Bagi Perempuan Haid Membasuh Kepala Suaminya, Menyikat Rambutnya Serta Suci Air Lebihan Mandinya, Berbaring Di Atas Pangkuan Isteri Serta Membaca Al Quran Dalam Keadaan Tersebut
Hadis Aisyah r.a katanya:
Apabila Nabi s.a.w beriktikaf, baginda mendekatkan kepala baginda kepadaku, lalu aku menyikat rambut baginda. Baginda tidak memasuki rumah kecuali jika ada hajat-hajat yang bersangkutan dengan orang ramai
Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w biasanya berbaring di pangkuanku, sedangkan aku masih dalam keadaan haid, kemudian baginda membaca Al-Quran
Mazi
Hadis Sayidina Ali r.a katanya:
Aku adalah lelaki yang sering keluar mazi, tetapi aku malu untuk bertanya Nabi s.a.w kerana puteri baginda ada bersama. Aku menyuruh Miqdad bin Al-Aswad supaya bertanya baginda, lalu baginda bersabda: Dia mestilah membasuh kemaluannya dan bolehlah berwuduk
Membasuh Muka Dan Kedua Tangan Apabila Bangkit Dari Tidur
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Pada suatu malam Nabi s.a.w bangkit dari tidur lalu membuang air besar. Setelah itu baginda membasuh muka dan kedua tangan, seterusnya tidur kembali
Diharuskan Tidur Bagi Orang Yang Berhadas Serta Disunatkan Juga Berwuduk Dan Mencuci Kemaluannya Jika Ingin Makan, Minum, Tidur Atau Bersetubuh
Hadis Aisyah r.a:
Apabila Rasulullah s.a.w ingin tidur, sedangkan baginda masih dalam keadaan berjunub, baginda berwuduk sebagaimana yang dilakukan ketika ingin mendirikan sembahyang sebelum tidur
Hadis Ibnu Umar r.a:
Sayidina Umar pernah bertanya Nabi s.a.w katanya: Wahai Rasulullah! Bolehkah salah seorang di antara kami tidur, sedangkan dia masih dalam keadaan berjunub? Baginda menjawab: Boleh, setelah dia berwuduk
Diwajibkan Mandi Bagi Perempuan Apabila Keluar Mani
Hadis Ummu Sulaim r.a:
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a katanya: Ummu Sulaim pernah bertanya Nabi s.a.w tentang mimpi yang berlaku kepada seorang perempuan sebagaimana mimpi seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila perempuan tersebut bermimpi keluar mani, dia wajiblah mandi hadas. Ummu Sulaim berkata: Aku malu untuk bertanya perkara tersebut yang berlaku pada diriku. Ummu Salamah berkata: Adakah perkara ini berlaku kepada perempuan? Nabi s.a.w bersabda: Ya, lalu Ummu Salamah mencelah: Bagaimana dia ingin memastikannya. Baginda bersabda: Ketahuilah bahawa mani lelaki itu kasar dan berwarna putih, manakala mani perempuan itu halus dan berwarna kuning. Mana-mana mani yang menyerupai mani lelaki atau perempuan, sudah pasti mani tersebut adalah darinya
Hadis Ummu Salamah r.a katanya:
Ketika Ummu Sulaim mengunjungi Nabi s.a.w, dia berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah orang perempuan wajib mandi apabila dia bermimpi? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, apabila dia melihat mani. Ummu Salamah mencelah: Adakah orang perempuan juga bermimpi? Baginda bersabda: Rugilah kamu! Kalau tidak bagaimana dia akan memastikan bahawa mani keluar
Cara cara Mandi Hadas
Hadis Aisyah r.a katanya:
Apabila Rasulullah s.a.w mandi hadas, baginda memulakannya secara membasuh kedua tangan. Baginda menuangkan air dengan menggunakan tangan kanan ke tangan kiri, kemudian membasuh kemaluan dan berwuduk sebagaimana yang biasa dilakukan ketika ingin mendirikan sembahyang. Kemudian baginda menyiram rambut sambil memasukkan jari ke pangkal rambut sehinggalah rata. Sebaik sahaja selesai baginda membasuh kepala sebanyak tiga kali, seterusnya baginda membasuh seluruh tubuh dan akhirnya membasuh kedua kaki
Hadis Maimunah r.a katanya:
Aku pernah membawa air kepada Rasulullah s.a.w untuk mandi hadas. Baginda memulakannya dengan membasuh dua tapak tangan sebanyak dua atau tiga kali. Kemudian baginda memasukkan tangan ke dalam bekas berisi air, lalu mecedokkan air tersebut ke atas kemaluan serta membasuhnya dengan tangan kiri. Setelah itu baginda menggosokkan tangan kiri ke tanah dengan kuat, lalu berwuduk sebagaimana yang biasa dilakukan untuk mendirikan sembahyang. Kemudian baginda menuangkan air yang dicedok dengan dua telapak tangan ke kepala sebanyak tiga kali. Seterusnya baginda membasuh seluruh tubuh, lalu beralih dari tempat tersebut dan membasuh kedua kaki, kemudian aku mengambilkan sapu tangan untuk baginda, tetapi baginda menolaknya
Kadar Ukuran Air Yang Disunatkan Untuk Mandi Hadas. Suami Dan Isteri Mandi Bersama sama Dengan Menggunakan Satu Bekas Air Serta Salah Seorang Mandi Dengan Menggunakan Air Baki Dari Bekas Salah Seorang Dari Mereka
Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Aku menemui Saidatina Aisyah r.a bersama saudara sesusu beliau. Saudara sesusu beliau telah bertanya tentang mandi hadas yang dilakukan oleh Nabi s.a.w, lantas Saidatina Aisyah meminta bekas yang boleh memuatkan satu gantang air, lalu dia mandi dengan meletakkan tabir di antara kami dan dia. Saidatina Aisyah menuangkan air ke atas kepalanya sebanyak tiga kali sambil berkata: Isteri-isteri Nabi s.a.w biasanya menuang air ke kepala mereka sehingga betul-betul basah
Hadis Maimunah r.a isteri Nabi s.a.w:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Maimunah pernah menceritakan kepadaku bahawa beliau pernah mandi bersama-sama Nabi s.a.w menggunakan air dari satu bekas air
Hadis Ummu Salamah r.a
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w mandi dengan menggunakan air lebihan dari bekas yang digunakan oleh Maimunah
Hadis Ummu Salamah r.a:
Diriwayatkan daripada Zainab binti Ummu Salamah katanya: Bahawa Ummu Salamah pernah mandi hadas bersama-sama Rasulullah s.a.w menggunakan air dari satu bekas
Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah mandi dengan lima cupak air dan berwuduk dengan satu cupak air
Sunat Menyiram Air Ke Atas Kepala Serta Tempat tempat Lain Sebanyak Tiga Kali
Hadis Jubair bin Mut'im r.a:
Para sahabat belajar menggunakan air untuk mandi dari Rasulullah s.a.w. Sebahagian daripada mereka berkata: Aku menuangkan air ke kepalaku begini, begini. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Aku menyiram kepalaku dengan air yang dicedok dengan menggunakan tapak tangan sebanyak tiga kali
Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Rombongan Thaqif datang bertanya Rasulullah s.a.w, mereka berkata: Daerah kami adalah daerah yang sejuk, bagaimana cara kami mandi? Baginda bersabda: Kalau aku, aku hanya menyiram air sebanyak tiga kali ke kepalaku
Hukum Rambut Perempuan Yang Dijalin Iaitu Yang Diikat Ketika Mandi Hadas
Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Ubaid bin Umair r.a katanya: Aisyah pernah mendengar Abdullah bin Amru memerintahkan orang-orang perempuan agar membuka jalinan atau ikatan rambut masing-masing apabila mereka mandi. Lalu Saidatina Aisyah berkata: Pelik sungguh Ibnu Amru. Kenapa dia menyuruh orang-orang perempuan agar menguraikan rambut ketika mandi? Mengapa tidak menyuruh mereka agar mencukur rambut saja? Aku pernah mandi bersama-sama Rasulullah s.a.w menggunakan air dari bekas yang sama. Aku tidak menyiram kepalaku lebih dari tiga kali siram
Sunat Menggunakan Kapas Yang Disapu Misk Iaitu Bauan Kasturi Pada Tempat Yang Keluar Darah Iaitu kemaluan Bagi Wanita Yang Haid Ketika Mandi
Hadis Aisyah r.a katanya:
Seorang perempuan bertanya Nabi s.a.w: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya? Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa baginda mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu misk iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya. Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya? Baginda bersabda: Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w. Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu
Perempuan Berdarah Istihadhah Iaitu Diluar Waktu Haid, Mandi Dan Sembahyangnya
Hadis Aisyah r.a katanya:
Fatimah binti Abu Hubaisy telah datang menemui Nabi s.a.w lalu bertanya: Wahai Rasululah! Aku adalah perempuan yang berdarah Istihadhah iaitu darah penyakit maka aku tidak suci. Adakah aku mesti meninggalkan sembahyang? Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Darah tersebut ialah darah penyakit bukannya haid, apabila kamu didatangi haid maka kamu hendaklah meninggalkan sembahyang. Apabila darah haid berhenti dari keluar, maka kamu hendaklah mandi dan mendirikan sembahyang
Hadis Aisyah r.a katanya:
Ummu Habibah binti Jahsyin telah meminta fatwa dari Rasulullah s.a.w kemudian berkata: Aku ini perempuan yang berdarah istihadhah iaitu darah penyakit. Maka Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya itu adalah darah penyakit, maka hendaklah kamu mandi kemudian sembahyang malah kamu hendaklah mandi pada setiap waktu sembahyang
Kewajipan Qadha Puasa Bagi Perempuan Haid Dan Tidak Wajib Mengqadha Sembahyang
Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Muaz r.a katanya: Seorang perempuan bertanya Saidatina Aisyah r.a: Adakah salah seorang di antara kami harus mengqadha sembahyang semasa didatangi haid? Aisyah berkata: Adakah kamu dari golongan Haruriyyah (satu kumpulan Khawarij yang dinasabkan kepada Harura')? Suatu ketika dulu ada di antara kami yang didatangi haid pada masa Rasulullah s.a.w tetapi kami tidak diperintahkan mengqadha sembahyang
Orang Yang Mandi Menutupi Tubuhnya Dengan Pakaian Atau Seumpamanya
Hadis Ummu Hani' binti Abu Talib r.a katanya:
Aku pergi menemui Rasulullah s.a.w pada tahun pembukaan Kota Mekah dan aku mendapati baginda sedang mandi manakala Fatimah puteri baginda pula menutupi baginda dengan sehelai pakaian
Hadis Maimunah r.a katanya:
Aku menyediakan air untuk Nabi s.a.w dan menutupi baginda, kemudian baginda mandi
Diharuskan Mandi Bertelanjang Di Tempat Yang Sunyi
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Suatu ketika dahulu, orang-orang Bani Israel mandi telanjang. Mereka saling melihat aurat di antara satu sama lain. Manakala Nabi Musa a.s pula mandi bersendirian. Mereka berkata: Demi Allah, yang menyebabkan Musa tidak mahu mandi bersama dengan kita ialah kerana penyakit buah zakar besar. Kemudian pada suatu ketika Nabi Musa mandi, Nabi Musa a.s meletakkan pakaiannya di atas sebuah batu. Tiba-tiba batu tadi bergolek dengan membawa pakaiannya. Musa berlari mengejarnya sambil berteriak: Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Sehinggalah orang-orang Bani Israel dapat melihat aurat Nabi Musa. Kemudian mereka berkata: Demi Allah ternyata Musa tiada sedikit pun keaiban iaitu penyakit. Setelah itu batu tersebut berhenti lalu Musa mengambil pakaiannya kemudian memukul batu tadi. Abu Hurairah berkata: Demi Allah terdapat pada batu tadi kesan pukulan Nabi Musa, tujuh atau enam kali pukulan
Galakan Menutup Aurat
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Ketika Kaabah dibina, Nabi s.a.w bersama Abbas pergi untuk mengangkat batu. Maka Abbas berkata kepada Nabi s.a.w: Angkatkan kainmu ke bahumu untuk alas batu. Maka baginda melakukannya, lalu baginda jatuh tersungkur seterusnya baginda mendongak ke langit, kemudian berdiri sambil berkata: Kainku, kainku. Kemudian Baginda memakai kain tersebut
Sesungguhnya Diwajibkan Air Itu Hanya Kerana Air Iaitu Kewajipan Mandi Itu Kerana Keluar Mani
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah melalui sebuah rumah seorang sahabat daripada Ansar. Kemudian baginda menyuruh seseorang untuk memanggilnya. Lalu sahabat tadi keluar dalam keadaan kepalanya masih basah. Baginda bersabda: Barangkali kami yang membuatkan kamu tergesa-gesa. Sahabat itu menjawab: Benar, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Apabila engkau tergesa-gesa atau kamu tidak mengeluarkan mani semasa menggauli isteri maka kamu tidak perlu mandi. Kamu hanya perlu berwuduk
Hadis Ubai bin Kaab r.a katanya:
Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang seseorang lelaki yang menggauli isterinya tetapi tidak sampai mengeluarkan mani. Baginda bersabda: Basuhlah kesan-kesan isterinya yang melekat padanya kemudian berwuduk dan bolehlah mendirikan sembahyang
Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:
Diriwayatkan daripada Khalid bin Zaid Al-Juhani katanya: Beliau pernah bertanya Othman bin Affan tentang hukum seseorang lelaki yang mengauli isterinya tetapi tidak sampai mengeluarkan mani? Sayidina Othman menjawab: Hendaklah dia berwuduk sebagaimana dia berwuduk untuk mendirikan sembahyang dan membasuh kemaluannya. Sayidina Othman berkata lagi: Aku pernah mendengar hal ini dari Rasulullah s.a.w
Memansuhkan Hadis Yang Menyatakan Air Itu Hanyalah Kerana Air Dan Wajib Mandi Apabila Bertemu Dua Khitan Iaitu Dua Kemaluan
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila seorang lelaki duduk di antara empat cabang perempuan iaitu di antara dua paha dan dua betisnya, kemudian membebaninya iaitu menyetubuhinya maka dia wajib mandi
Memansuhkan Hadis Yang Menyatakan Perlu Berwuduk Kerana Makan Makanan Yang Terkena Api
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Rasulullah s.a.w pernah makan paha kambing, kemudian mendirikan sembahyang dan tidak berwuduk
Hadis Amru bin Umaiyyah r.a:
Beliau melihat Rasulullah s.a.w menghiris daging paha kambing lalu memakannya, kemudian mendirikan sembahyang tanpa berwuduk
Hadis Maimunah r.a isteri Nabi s.a.w:
Ketika Nabi s.a.w berada di rumahnya, baginda pernah makan paha kambing kemudian mendirikan sembahyang tanpa berwuduk
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah meminum susu kemudian meminta air untuk berkumur lalu bersabda: Sesungguhnya susu itu mengandungi lemak
Dalil Yang Menunjukkan Bahawa Sesiapa Yang Yakin Dirinya Telah Bersuci Kemudian Meragui Dirinya Berhadas, Dia Boleh Melakukan Sembahyang Dengan Wuduk Tersebut
Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a katanya:
Seorang lelaki mengajukan pertanyaan kepada Nabi s.a.w bahawa dia seolah-olah mendapati sesuatu ketika di dalam sembahyangnya. Baginda bersabda: Dia tidak perlu membatalkan sembahyangnya sehinggalah dia terdengar suara atau tercium bau
Sucinya Kulit Bangkai Yang Disamak
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Hamba milik Maimunah r.a pernah disedekahkan dengan seekor kambing, kemudian kambing tersebut mati. Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w melalui tempat tersebut lalu bersabda: Mengapa kamu tidak mengambil kulit bangkai tersebut dan menyamaknya agar kamu boleh memanfaatkannya? Mereka berkata: Ianya sudah menjadi bangkai. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia diharamkan hanyalah memakannya
Tayamum
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Kami pernah keluar bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan baginda. Apabila kami tiba di Baida' atau di Zatul Jaisy, rantai leherku terputus lalu Rasulullah s.a.w mencarinya. Orang ramai juga turut mencarinya bersama Rasulullah s.a.w sedangkan mereka tidak mempunyai air sedikit pun. Kemudian orang ramai datang menemui Sayidina Abu Bakar r.a lalu berkata: Tidakkah kamu melihat apa yang telah dilakukan oleh Aisyah? Beliau telah menyebabkan Rasulullah s.a.w dan orang ramai mencari tali lehernya sedangkan mereka tidak mempunyai air sedikit pun. Kemudian Abu Bakar mendatangiku dan ketika itu Rasulullah s.a.w sedang tidur dengan meletakkan kepala baginda di atas pahaku. Beliau berkata: Kamu telah menyekat Rasulullah s.a.w dan orang ramai sedangkan kamu dan mereka semuanya tidak mempunyai air sedikit pun. Aisyah berkata: Abu bakar mencelaku dengan kata-kata: مَا شَاءَ اللَّهُ sehinggalah dia mencelaku dengan tangannya. Aku tidak dapat bergerak kerana Rasulullah s.a.w berada di atas pahaku. Rasulullah s.a.w tidur hingga keesokan harinya tanpa ada air sedikit pun. Kemudian Allah menurunkan ayat tayamum. Lalu mereka pun bertayamum. Sehubungan dengan itu, Usaid bin Hudhair, salah seorang pemimpin berkata: Ini bukanlah keberkatan yang pertama kali bagi kamu, wahai keluarga Abu Bakar! Lalu Aisyah pun berkata: Kemudian kami mencari unta yang aku naiki maka kami menemui kalung itu di bawahnya
Hadis Ammar r.a:
Diriwayatkan daripada Syaqik r.a katanya: Aku duduk bersama Abdullah dan Abu Musa Al-Asy'ariy. Kemudian Abu Musa berkata kepada Abdullah: Wahai ayah Abdul Rahman, sekiranya seorang lelaki yang berjunub dan dia tidak menemui air selama sebulan, bagaimanakah hendak dilakukan dengan sembahyangnya? Maka Abdullah berkata: Dia tidak bolah bertayamum, sekalipun dia tidak mendapati air selama sebulan. Abu Musa berkata: Bagaimana dengan ayat di dalam surah Al-Maidah: فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا Yang bermaksud: Lalu kamu tidak mendapat air untuk berwuduk dan mandi maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang bersih. Abdullah berkata: Seandainya mereka diberi keringanan dengan ayat tersebut, nescaya apabila mereka merasakan air itu dingin mereka akan bertayamum dengan tanah. Maka Abu Musa berkata kepada Abdullah: Tidakkah kamu telah mendengar kata-kata Ammar: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan aku untuk suatu keperluan kemudian aku berjunub dan aku tidak menemui air, maka aku mengulingkan badan ke tanah sebagaimana binatang yang mengulingkan badannya. Kemudian aku menemui Nabi s.a.w lalu menceritakan perkara tersebut kepada Nabi s.a.w Baginda bersabda: Sesungguhnya sudah memadai bagi kamu dengan kamu menepukkan tangan kamu begini, kemudian baginda menepukkan tangan baginda ke tanah dengan satu tepukan, kemudian baginda menyapu tangan kiri baginda pada tangan kanan dan belakang kedua tapak tangan dan juga wajah baginda
Hadis Abu Al-Juhaim bin Al-Harith bin As-Simmah Al-Ansariy r.a katanya:
Aku menemui Rasulullah s.a.w yang datang dari arah telaga Jamal, baginda lalu berselisih dengan seorang lelaki dan lelaki tersebut mengucapkan salam kepada baginda tetapi Rasulullah s.a.w tidak menjawabnya sehinggalah baginda sampai di dinding, lalu baginda mengusap wajahnya dan kedua tangan baginda, barulah baginda menjawab salam tersebut
Dalil Yang Menunjukkan Bahawa Orang Islam Tidak Najis
Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Rafi' r.a daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau bertemu dengan Nabi s.a.w di salah satu jalan di Madinah, sedangkan beliau dalam keadaan berjunub. Maka dia menyelinap iaitu mengelakkan diri dari bertemu Rasulullah s.a.w dan pergi untuk mandi sehingga Rasulullah s.a.w mencari-carinya. Ketika beliau datang kembali, baginda pun bertanya: Ke mana kamu pergi wahai Abu Hurairah! Beliau menjawab: Wahai Rasulullah! Engkau ingin menemuiku sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Aku merasa tidak selesa duduk bersama kamu sebelum aku mandi. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah! Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis
Doa Ketika Hendak Memasuki Tandas
Hadis Anas r.a katanya:
Bahawa Rasulullah s.a.w apabila ingin memasuki tandas dan juga Hadis yang diriwayatkan daripada Hashim bahawa Rasulullah s.a.w apabila memasuki tandas baginda mengucapkan doa: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaitan lelaki dan syaitan perempuan
Dalil Menunjukkan Bahawa Tidur Dalam Keadaan Duduk Tidak Membatalkan Wuduk
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Ketika sembahyang diiqamatkan, Rasulullah s.a.w bercakap perlahan-lahan dengan seorang lelaki. Baginda tidak segera mendirikan sembahyang kerana bercakap dengan lelaki tersebut menyebabkan orang ramai tertidur

No comments:
Post a Comment